Hari ini, sy bersama Jawatankuasa KRPBBN dan mewakili NILAI ACTION TEAM hadir menziarahi keluarga En.Zulkefli dan Pn.Maryam di DesaRia Nilai 3.
Sebak dan sedih mendengar rintihan Pn.Maryam. En.Zulkefli disahkan mengidap penyakit Aneurysm Brain. Keadaan beliau tidak normal dan boleh diserang penyakit ini pada bila² masa sahaja. Beliau boleh diserang sawan bila² masa sehingga akan menyebabkan beliau terlantar di hospital.
Kini, Pn.Maryam meniaga kecil-kecilan demi mencari rezeki menampung keperluan keluarga dan 3 orang cahaya mata yg masih bersekolah. Pendapatan hasil perniagaan tidak mencukupi sepenuhnya.
Sy hadir menyalurkan sumbangan barangan keperluan yg bernilai RM1ribu hasil sumbangan Dato Haw Kok Ping dari Syarikat Univale Group Of Company . Sy turut menyerahkan wang tunai RM550 hasil dari tabung kebajikan KRPBBN (Uptown Nilai Square). Semoga sumbangan ini dapat mengurangkan bebanan keluarga ini.
Saya mewakili penerima mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada Dato Haw Kok Ping dan Rakan Niaga UNIVALE Group Of Company kerana bertindak pantas memberikan sumbangan setelah menerima maklumat berkaitan keluarga ini dari sy. Dato Haw merupakan seorang Dermawan yg dikenali masyarakat setempat. Dato Haw sentiasa aktif dalam berkebajikan. Terima Kasih sekali lagi kepada Dato Haw Kok Ping yang menyatakan sokongan keatas sy dan keatas segala usaha yg sy jalankan bersama NGO KRPBBN.
Sy telah mendapatkan dokumen² En.Zulkefli dan akan sy rujuk kepada Adun Nilai YB Arul Kumar Jambunathan
Sy juga berharap, agar kita semua akan dapat membantu Pn.Maryam dari segi kewangan, barangan keperluan dan kata² semangat.
Yg Menjalankan Amanah,
Syed Alwi Hj Syed Jaafar
Pem.Ahli Majlis MBS
Presiden KRPBBN